Monday 14 November 2011

Wakenabeb Season 4

 
Wakenabeb musim ke 4 kini kembali dan akan mula bersiaran setiap Khamis, pukul 8.30 malam, bermula 27 Oktober ini. Dengan format yang lebih menarik, tiga pengacara baru, Awie Wings, Wahid Senario, dan Tam Suhaimi akan mengendalikan program 13 episod itu.
Menurut penerbitnya, Muhamad Nazrul, program berbentuk usikan dan berorientasikan kamera kandid ini bukanlah satu perkara yang terlampau tetapi ia dapat menghiburkan penonton dengan gelagat spontan orang yang dikenakan. "Program ini meletakkan selebriti jemputan ke dalam satu senario yang tidak dijangkakan mereka tetapi telah dirancang oleh pihak di belakang tabir.

"Ekspresi diri selebriti yang berjaya dirakamkan itu akan menjadi perkara yang bernilai untuk dikongsi bersama penonton. ”Selain itu, peminat juga berpeluang untuk melihat diri sebenar selebriti kegemaran mereka,” katanya.


Antara selebriti yang ’terkena’ pada musim ini termasuklah Awie Rafael, Juliana Evans, Sam Bunkface, Kila Fairy, Along & Angah dan tidak terkecuali pengacaranya sendiri. Wakenabeb! pernah tercalon sebagai ”Rancangan Hiburan Terbaik” menerusi Anugerah Television Asia (ATA).
 
Here For Download:
Hotfile                                       
 
Fileserve 
Episode 2
Episode 3

No comments:

Post a Comment