
Sinopsis: Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah
Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota
Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar
Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan
salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih
sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam
perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan
hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan
itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil,
telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan
Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan
perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai
untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke
Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. Namun semuanya telah
terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila
helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila
Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta
agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.
Here For Download: