Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar
Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu
cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan
tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat
baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah.
Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya ber…nama
Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama
mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang
yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada
itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita
juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa
cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu
Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai
pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga
menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai
pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja
dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan
niatnya itu.
Here For Download:
No comments:
Post a Comment