Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat
percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga
rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah
cinta mereka. Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal
yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang
sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa. Satu
pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal
dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas
dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat
lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap,
Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut. Jefri iaitu rakan
sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk
mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya
diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan
keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka?
Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah
penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem
cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.
Here For Download:
No comments:
Post a Comment